Hidup Sihat Tanpa Buasir
BUASIRBuasir merupakan penyakit yang terjadi pada bahagian dubur. Ia dapat dikesan
dengan adanya pembengkakan pada saluran dubur. Selalunya, pesakit buasir
akan mengalami kesakitan akibat daripada tekanan otot dubur ke atas bengkak
tersebut sehingga menyebabkan proses pembuangan air besar menjadi amat perit.
Bengkak yang terjadi adalah disebabkan oleh pengembangan saluran darah pada
bahagian dubur atau ketumbuhan sel-sel yang melapisi saluran dubur.
Selain bengkak pada saluran dubur, pendarahan semasa membuang air besar
juga terjadi disebabkan oleh luka yang terjadi apabila najis keras bergesel
dengan buasir.
Prof. Madya Mohamed Isa Abd. Majid
Pusat Racun Negara
JENIS-JENIS BUASIR
Buasir Dalaman
Buasir dalaman tidak terasa sakit atau gatal kerana ia terletak jauh ke
dalam rektum. Buasir dalaman tidak merbahaya tetapi aktiviti meneran dan
sebarang gangguan dari laluan najis semasa membuang air besar boleh
mencederakan permukaan buasir lalu menyebabkannya berdarah. Anda akan
terlihat titisan darah yang pada mangkuk tandas. Jika keadaan ini berlaku
anda perlu dapatkan rawatan, kerana dibimbangi darah tersebut mungkin
berpunca dari penyakit lain seperti ketumbuhan atau kanser kolorektum.
Buasir Luaran
Buasir jenis inilah yang selalu terjadi serta mengakibatkan kesan-kesan
seperti sakit, pedih dan gatal di dubur. Jika buasir ini tersepit, bekalan
darah akan terhenti dan menyebabkan pembekuan darah akan terjadi di dalamnya.
Ini akan menenimbulkan rasa yang teramat sakit. Buasir akan terus berlaku,
berlaku dan berulang semula, kecuali setelah mendapat rawatan yang betul.
PUNCA-PUNCA BUASIR
• Sentiasa duduk
• Meneran (ketika najis keras atau sembelit)
• Cirit-birit yang kronik
• Mencangkung terlalu lama di dalam tandas seperti mereokok.
• Batuk teruk yang berterusan
• Ketika bersalin
• Mengangkat beban yang berat
• Pengamalan seks melalui dubur oleh golongan heteroseksual dan homoseksual
• Kurangnya pengambilan makanan berserat dalam diet harian.
LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN
• Banyak meminum air sekurang-kurangnya 8 gelas sehari 2 liter sehari
• Amalkan pe makanan seimbang. Banyakkan memakan makanan yang berserta tinggi, bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran.
• Jangan terlalu lama duduk di dalam tandas.
• Amalkan minum segelas air selepas bangun daripada tidur.
• Elakkan dari memakan makanan yang panas, pedas dan berempah.
• Apabila terdapat gejala-gejala tertentu (seperti darah dalam najis,
sakit atau gangguan pada dubur), berjumpalah doktor.
CADANGAN DAN PANDANGAN
Mereka yang mengalami symptom-simptom buasir perlu berjumpa dengan doktor
untuk mendapatkan rawatan lanjut. Ini kerana satu per tiga daripada pesakit buasir mampu mengatasi
rasa sakit dan juga pendarahan, setelah mendapatkan rawatan. Rawatan yang diberikan adalah berdasarkan tahap penyakit buasir yang dihidapi.
0 comments:
Post a Comment