Hidup Sihat Tanpa Asma
ASMA / SEMPUT / LELAHPenyakit Asma atau lelah merupakan penyakit immunologi yang menyebabkan
kesukaran bernafas. Ini kerana ketika pesakit diserang asma, keradangan
dan spasma pada selaput dinding laluan udara menyebabkan bronkiol di dalam
paru-paru menjadi sempit. Ketika itu pengidap asma mungkin mengalami
pernafasan bersiul (wheezing), sesak nafas, dan sukar untuk melakukan
aktiviti harian seperti biasa.
TANDA-TANDA SERANGAN ASMA
. Sesak nafas
. Pernafasan bersiul
. Batuk keras yang berulang-ulang
. Dada berombak kuat kerana pernafasan semakin cepat
Asma Dalam Kalangan Kanak-kanak
Menurut kajian, jumlah kanak-kanak diserang penyakit asma adalah 10 hingga 20
peratus. Tetapi, biasanya kanak-kanak akan sembuh apabila usia meningkat.
Bagi kanak-kanak yang menghidapi asma sederhana, penyakit ini akan hilang
seiring dengan bertambahnya usia mereka. Namun asma akan menyerang kembali
apabila pengidap asma berusia 50 tahun ke atas jika tidak mengamalkan gaya
hidup sihat.
Manakala, 50 hingga 60 peratus akan sembuh apabila pengidap asma ini berusia
20 hingga 25 tahun. Sementara, 20 peratus lagi akan mendapat asma berterusan
dan hanya sebilangan kecil saja yang akan sembuh.
PUNCA-PUNCA SERANGAN ASMA
• Alahan kepada habuk, asap rokok, debunga, spora kulapuk , bulu binatang peliharaan
• Udara sejuk
• Kurang bersenaman
• Jangkitan sistem pernafasan
• Tekanan emosi
• Aspirin dan ubat seumpamanya
• Keturunan
CARA MENGATASI SERANGAN ASMA
- Jangan menghidu udara yang mengandungi habuk.
- Jauhi daripada asap rokok dan asap pembakaran.
- Binatang peliharaan tidak berada di dalam rumah.
- Gunakan penyedut hampagas (vacum) untuk membersihkan rumah.
- Jangan makan buah-buahan yang masam.
- Jangan minum air berais terutamanya yang dijual di tepi jalan.
0 comments:
Post a Comment