Our social:

Latest Post

Monday, April 30, 2012

Hidup Sihat Tanpa Gout

GOUT

Gout sebenarnya berpunca daripada pembentukan kristal-kristal  asid urik di
dalam cecair sendi atau pengumpulan asid urik yang terlalu banyak di dalam
badan. Dengan kata lain, asid urik merupakan akar kepada penyakit gout ini.

Cara pemakanan seseorang itu sebenarnya berkait secara langsung dengan
penyakit gout. Ini kerana kebanyakan pesakit gout adalah orang yang gemar
makan daging. Kita sedia maklum daging memerlukan masa yang lama untuk
dicernakan berbanding daging ayam atau ikan. Pencerna makanan berprotein
tinggi seperti  ini akan membebankan perut. Secara tidak langsung kita telah
memaksa perut untuk merembeskan lebih banyak jus gastric.

Maka, golongan  ini berisiko tinggi untuk mendapat kedua-dua penyakit ini
iaitu gout dan gastrik. 2 in 1.

Gout adalah sebahagian daripada penyakit artritis yang dikelaskan sebagai
penyakit metabolik. Penyakit metabolik sudah pasti berpunca daripada asid
urik iaitu bahan buangan yang terhasil daripada pemecahan purin (protein),
lalu berkumpul pada sendi dan tisu lembut di sekeliling sendi.

Secara semulajadi,  asid urik biasanya akan larutkan dalam darah dan
disingkirkan daripada badan melalui air kencing. Ada ketikanya badan akan
menghasilkan terlalu banyak asid urik sehingga ia berkumpul menjadi kristal
berbentuk jarum. Kristal berbentuk jarum itu terkumpul  pada sendi atau
tisu sekelilingnya menyebabkan sendi bengkak dan sakit.

Selain kaki, gout juga boleh berlaku pada anggota badan yang lain seperti
buku lali, lutut, tangan dan pergelangan tangan. Kesakitan yang dideritai
itu boleh berlanjutan antara lima hingga 10 hari mengikut keadaan pesakit.
Sendi yang diserang gout akan bengkak, merah dan panas.

PUNCA-PUNCA GOUT

  • Lelaki lebih berisiko mendapat gout pada kadar 90 peratus kes yang dilaporkan.
  • Gaya hidup tidak sihat seperti banyak minum minuman keras terutama bir.
  • Obesiti iaitu berat badan lebih 66 kilogram daripada berat badan normal.
  • Penyakit seperti tekanan darah tinggi, diabetes, hiperdislipidemia (paras lemak dan kolesterol yang tinggi) dan arteriosklerosis  (penyempitan salur darah) juga boleh menyebabkan gout.
  • Keturunan : satu daripada empat pesakit datang daripada keluarga yang ada sejarah gout.
  • Berusia 30 hingga 50 tahun. Bagi wanita, bermula selepas  putus haid.

CADANGAN DAN PANDANGAN

Diet rendah Purine:
  • Ceri mampu mengurangkan asid urik
  • Strawberry juga dikatakan membawa kebaikan sekiranya dimakan.
  • Elakkan makanan tinggi purine, iaitu yang berasal dari sumber protin
  • Hadkan daging kepada satu hidangan sehari
  •  Minum banyak air untuk mencairkan dan membantu proses penyingkiran urik.
Jangan makan
  • sweetbreads, buah pinggang, hati, otak, atau sebarang organ lain
  • sardin
  • ikan bilis
  • hasil daging,




Hidup Sihat Tanpa Buasir

BUASIR

Buasir merupakan penyakit yang terjadi pada bahagian dubur. Ia dapat dikesan
dengan adanya pembengkakan pada saluran dubur. Selalunya, pesakit buasir
akan mengalami kesakitan akibat daripada tekanan otot dubur ke atas bengkak
tersebut sehingga menyebabkan proses pembuangan air besar menjadi amat perit.
Bengkak yang terjadi adalah disebabkan oleh pengembangan saluran darah pada
bahagian dubur atau ketumbuhan sel-sel yang melapisi saluran dubur.
Selain bengkak pada saluran dubur, pendarahan semasa membuang air besar
juga terjadi disebabkan oleh luka yang terjadi apabila najis keras bergesel
dengan buasir.

Prof. Madya Mohamed Isa Abd. Majid
Pusat Racun Negara


JENIS-JENIS BUASIR

Buasir Dalaman

Buasir dalaman  tidak terasa sakit atau gatal kerana ia terletak jauh ke
dalam rektum. Buasir dalaman tidak merbahaya tetapi aktiviti meneran dan
sebarang gangguan dari laluan najis semasa membuang air besar boleh
mencederakan permukaan buasir lalu menyebabkannya berdarah. Anda akan
terlihat titisan darah yang pada mangkuk tandas. Jika keadaan ini berlaku
anda perlu dapatkan rawatan, kerana dibimbangi darah tersebut mungkin
berpunca dari penyakit lain seperti ketumbuhan atau  kanser kolorektum.

Buasir Luaran

Buasir jenis inilah yang selalu terjadi serta mengakibatkan kesan-kesan
seperti sakit, pedih dan gatal di dubur. Jika buasir ini tersepit, bekalan
darah akan terhenti dan menyebabkan pembekuan  darah akan terjadi di dalamnya.
Ini akan  menenimbulkan rasa yang teramat sakit. Buasir akan terus berlaku,
berlaku dan berulang semula, kecuali setelah mendapat rawatan yang betul.

PUNCA-PUNCA BUASIR

•    Sentiasa duduk
•    Meneran (ketika najis keras atau sembelit)
•    Cirit-birit yang kronik
•    Mencangkung  terlalu lama di dalam tandas seperti mereokok.
•    Batuk  teruk yang berterusan
•    Ketika bersalin
•    Mengangkat beban yang berat
•    Pengamalan seks melalui dubur oleh golongan heteroseksual dan homoseksual
•    Kurangnya pengambilan makanan berserat dalam diet harian.

LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN

•    Banyak meminum air sekurang-kurangnya 8 gelas sehari 2 liter sehari
•    Amalkan pe makanan seimbang. Banyakkan memakan makanan yang berserta tinggi, bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran.
•    Jangan terlalu lama duduk di dalam tandas.
•     Amalkan minum segelas air selepas bangun daripada tidur.
•    Elakkan dari memakan makanan yang panas, pedas dan berempah.
•    Apabila terdapat gejala-gejala tertentu (seperti darah dalam najis,
sakit atau gangguan pada dubur), berjumpalah doktor.

CADANGAN DAN PANDANGAN

Mereka yang mengalami symptom-simptom buasir  perlu berjumpa dengan doktor
untuk mendapatkan rawatan lanjut. Ini kerana satu per tiga daripada pesakit buasir mampu mengatasi
rasa sakit dan juga pendarahan, setelah mendapatkan rawatan. Rawatan yang diberikan adalah berdasarkan tahap penyakit buasir yang dihidapi.

Thursday, April 26, 2012

Hidup Sihat Tanpa Asma

ASMA / SEMPUT / LELAH

Penyakit Asma atau lelah merupakan penyakit immunologi yang menyebabkan
kesukaran bernafas. Ini kerana ketika pesakit diserang asma, keradangan
dan spasma pada selaput dinding laluan udara menyebabkan bronkiol di dalam
paru-paru menjadi sempit. Ketika itu pengidap asma mungkin mengalami
pernafasan bersiul (wheezing), sesak nafas, dan sukar untuk melakukan
aktiviti harian seperti biasa.

TANDA-TANDA SERANGAN ASMA

. Sesak nafas
. Pernafasan bersiul
. Batuk keras yang berulang-ulang
. Dada berombak kuat kerana pernafasan semakin cepat

Asma Dalam Kalangan Kanak-kanak

Menurut kajian, jumlah kanak-kanak diserang penyakit asma adalah 10 hingga 20
peratus. Tetapi, biasanya kanak-kanak akan sembuh apabila usia meningkat.
Bagi kanak-kanak yang menghidapi asma sederhana, penyakit ini akan hilang
seiring dengan bertambahnya usia mereka. Namun asma akan menyerang kembali
apabila pengidap asma berusia 50 tahun ke atas jika tidak mengamalkan gaya
hidup sihat.

Manakala, 50 hingga 60 peratus akan sembuh apabila pengidap asma ini berusia
20 hingga 25 tahun. Sementara, 20 peratus lagi akan mendapat asma berterusan
dan hanya sebilangan kecil saja yang akan sembuh.

PUNCA-PUNCA SERANGAN ASMA

•    Alahan kepada habuk, asap rokok, debunga, spora kulapuk , bulu binatang peliharaan
•    Udara sejuk
•    Kurang bersenaman
•    Jangkitan sistem pernafasan
•    Tekanan emosi
•    Aspirin dan ubat seumpamanya
•    Keturunan

CARA MENGATASI SERANGAN ASMA
  • Jangan menghidu udara yang mengandungi habuk.
  • Jauhi daripada asap rokok dan asap pembakaran.
  • Binatang peliharaan tidak berada di dalam rumah.
  • Gunakan penyedut hampagas (vacum) untuk membersihkan rumah.
  • Jangan makan buah-buahan yang masam.
  • Jangan minum air berais terutamanya yang dijual di tepi jalan.


Wednesday, April 25, 2012

Hidup Sihat Tanpa Glaukoma


GLAUKOMA - Pencuri Senyap Penglihatan

Apa Itu Glaukoma ?

Glaukoma adalah sejenis penyakit mata yang boleh mengakibatkan hilang
penglihatan tanpa disedari. Kehilangan penglihatan atau kebutaan kekal ini
dapat dielakkan seandainya glaukoma ini dapat dikesan pada peringkat awal.

Glaukoma boleh berlaku pada sebelah mata sahaja atau pada kedua-dua belah
mata.

Bagaimana ia terjadi ?

Sebenarnya di dalam mata yang sihat, terdapat cecair aques humour yang
berkitaran menerusi bahagian depan mata. Seterusnya cecair ini akan keluar
melalui salur yang dipanggil 'Canal of Schlem'.

Sekiranya glaucoma terjadi, sistem pengaliran tersebut telah tersumbat,
sedangkan cecair aques humour tetap dihasilkan dan akan dirembeskan ke
bahagian depan mata. Ini menyebabkan tekanan dalam mata menjadi tinggi.

Apabila tekanan meningkat dan terus meningkat lebih dari paras biasa,
akibatnya akan berlaku kerosakkan pada saraf optik iaitu saraf yang
menyambungkan mata ke otak. Maka medan penglihatan akan terjejas sedikit
demi sedikit tanpa disedari dari bahagian sisi sehingga pesakit menjadi buta.

Golongan Berisiko Menghidap Glaukoma ?

•    Individu yang mempunyai ahli keluarga yang menghidap Glaukoma.
•    Berusia 40 tahun ke atas
•    Penghidap Diabetes dan Darah Tinggi
•    Pengambilan ubat Steroid

Glukoma Kronik dan Akut

Glaukoma Kronik

Tanda-tanda :

•    Medan / ruang penglihatan menjadi sempit secara perlahan-lahan
•    Sakit kepala atau rasa senak pada mata
•    Buta tanpa sebarang tanda awal

Glaukoma Akut

Tanda-tanda :

•    Sakit mata secara tiba-tiba
•    Mata merah
•    Kabur penglihatan
•    Sakit kepala
•    Loya dan muntah-muntah

Rawatannya

•    Ubat titis mata
•    Ubat Pil
•    Pancaran laser
•    Pembedahan

Mencegah Lebih Baik.

Lakukan pemeriksaan Pakar Oftalmologi jika anda :

•    Mempunyai ahli keluarga yang menghidap Glaukoma
•    Berusia 40 tahun ke atas
•    Mempunyai tanda-tanda Glaukoma
•    Menghidap Diabetes / Darah Tinggi


Sunday, April 22, 2012

Hidup Sihat Mata Sihat

 KATARAK

Apa itu katarak?

Katarak adalah sejenis penyakit mata dan punca menjadikan kanta mata yang
biasanya jernih menjadi legap ( kelihatan selaput putih ).

Katarak merupakan punca utama kebutaan di Malaysia malah di seluruh dunia.

Apakah puncanya?

  •     Kongenital (semasa di dalam kandungan)
  •     Penuaan (ageing)
  •     Kecederaan mata
  •     Diabetes
  •     Jangkitan mata
  •     Radang mata
  •     Pengambilan ubat steroid

Gejala

  •     Kurang penglihatan secara beransur-ansur
  •     Silau
  •     Anak mata kelihatan putih

Tanda-tanda

  •     Kurang tahap penglihatan (kabur mata)
  •     Hilang refleks merah
  •     Kanta kelihatan putih

Apakah Rawatannya?

Kebutaan akibat Katarak boleh dipulihkan sepenuhnya dengan melakukan
PEMBEDAHAN - iaitu kanta yang legap dikeluarkan dan diganti dengan kanta
intraokular (kanta palsu).

Apakah akan terjadi jika tidak dibedah?

  •     Bagi orang dewasa - ia akan menyebabkan kebutaan dan punca kepada penyakit Glaukoma.
  •     Bagi kanak-kanak - jika lambat dibedah, ia akan menyebabkan mata malas.

Siapakah golongan berisiko?

  •     Pesakit Diabetes yang tidak mengawal penyakitnya.
  •     Orang dewasa beruusia 60 tahun ke atas'
  •     Kanak-kanak / bayi yang dilahirkan oleh ibu yang dijangkiti penyakit seperti Rubella.

MATA ANUGERAH TAK TERNILAI. SAYANGI MATA ANDA

Saturday, April 21, 2012

Hidup Sihat Tanpa Resdung


RESDUNG

Resdung merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh radang pada membran
sinus. Sinus pula ialah rongga yang dipenuhi udara dalam tulang tengkorak
yang bersambung dengan rongga hidung.

Resdung (sinusitis) adalah radang pada lapisan rongga hidung yang terdiri
daripada point yang dikenali sebagai  frontal, ethmoid, maxillary dan
sphenoif.



PUNCA RESDUNG

Alahan iaitu alahan  terhadap beberapa  jenis makanan tertentu seperti udang,
ketam, sotong,  daging ayam juga daging kambing. Di samping itu, habuk, parasit (demodex) dan kutu juga punca boleh terjadinya resdung.
Apabila seseorang itu  mengalami alahan, daging yang bertindak sebagai penapis udara di dalam hidung akan membengkak. Seterusnya, pembengkakan itu menyebabkan pergerakan udara terganggu atau langsung tidak dapat dikeluarkan.  Udara akan terkumpaul. Maka kesannya ialah kulat akan tumbuh dan berlakunya pembengkakan di dalam hidung.
Lebih membimbangkan ialah resdung ni boleh merebak ke bahagian mata.
Akibatnya, deria penglihtan boleh hilang  dan otak boleh dijangkiti.

``Salah satu punca resdung adalah disebabkan oleh jangkitan bakteria ke atas
hidung dan rongga di sekelilingnya yang dipanggil sinus,''

kata Pakar Telinga, Hidung dan Tekak, Hospital Pusrawi, Kuala Lumpur,
Dr. Amir Izwan Mohamed Dahan.

SIMPTOM RESDUNG

Simpton sinusitis pengidap resdung biasanya seperti berikut :

  • Hidung berhingus, berair, tersumbat dan kadang kala berdarah juga bernanah.
  • Jerawat tumbuh di belakang badan.
  • Sering sakit kepala, keguguran rambut dan berkelemumur.
  • Hidung gatal keterlaluan dan kerap bersin terutamanya pada waktu pagi.
  • Mata sering berair dan gatal.
  • Muka terasa gatal dan tumbuh jerawat bernanah.

PETUA MENCEGAH RESDUNG

  •  Elakkan makan makanan yang merangsang resdung seperti udang, sotong,
kerang, ayam dan daging kambing.
  • Gunakan pembersih hampagas yang berkualiti dan jangan menyapu rumah
menggunakan penyapu kerana boleh menerbangkan habuk-habuk.
  • Sebaiknya gunakan kain lembap untuk mengelap barangan atau peralatan
rumah serta gunkan penutup hidung.
  • Tiada binatang berbulu di dalam rumah seperti kucing, hamster atau arnab.
  • Tukar cadar, selimut dan sarung bantal sekurang-kurangnya seminggu sekali.
  • Gunakan pencuci pakaian yang sesuai.
  • Makan 3 hingga 6 biji vitamin C setiap hari.
  •  Dapatakkan cahaya matahari sekurang-kurangnya 15 minit sebelum pukul 9.00 pagi.

Thursday, April 19, 2012

Nampak Hidup Semuanya

semuanya digital.. tapi kena tunggu 6 bulan.. betul ke !!!

Wednesday, April 18, 2012

Hidup Sihat Proton Preve

Hebat kan.. nampak mewah.. mantap

Tuesday, April 17, 2012

Sihat Segalanya




SIHAT [Wikipedia]

PERTUBUHAN KESIHATAN SEDUNIA (WHO) mentakrifkan perkataan sihat sebagai:

"Keadaan sempurna fizikal, mental, dan sosial, dan tidak hanya ketika ketiadaan sakit"

Bagi mana-mana organisma, kesihatan ialah satu bentuk homeostasis. Ini merupakan satu imbangan di mana tenaga dan jisim masuk dan keluar (input and output) berada dalam keseimbangan (membolehkan pertumbuhan). Kesihatan juga membawa erti kemampuan untuk meneruskan hidup dengan prospek positif.

Bagi manusia pula, dengan kemampuan untuk menganalisa dan menjangka, kesihatan adalah lebih daripada itu. Maknanya bukan sahaja semuanya perlu tepat pada masa yang tepat, tetapi pemahaman subjektif penting bagi meneruskan pengimbangan yang sihat. Pemahaman ini datangnya daripada persepsi somatik termasuk sakit dan tidak selesa dan persepsi kognitif. Untuk merasai sihat, seseorang itu perlu merasakan dirinya sihat dan tiada risiko dalaman atau luaran yang boleh menggangu kesihatannya.

TIDAK SIHAT / PENYAKIT [Wikipedia]

Penyakit adalah keadaan tidak normal pada badan atau minda yang menyebabkan ketidakselesaan, disfungsi, atau tekanan/stres kepada orang yang terbabit atau berhubung rapat dengannya. Kadang kala istilah ini digunakan secara umum untuk menerangkan kecederaan, kecacatan, sindrom, simptom, kelainan tingkah laku, dan variasi biasa sesuatu struktur atau fungsi. 

Terdapat pelbagai jenis penyakit yang mengancam manusia. Penyakit ini biasanya disebabkan oleh kuman, bakteria, virus, racun, kegagalan organ berfungsi, dan juga oleh penyakit baka/keturunan.

Patologi merupakan ilmu kajian penyakit. Pengelasan penyakit secara saintifik pula dirujuk sebagai nosologi. Pengetahuan umum mengenai penyakit dan rawatan penyakit dikenali sebagai perubatan.

SOSIAL [Wikipedia]

Sosial ialah kata yang merujuk kepada hal-hal yang berkaitan masyarakat dan kemasyarakatan.

Sosiologi merupakan kajian tentang hukum masyarakat dan proses yang berkenaan dengannya; dan orang yang berlainan bukan setakat sebagai individu, tetapi juga sebagai ahli persatuan, kumpulan sosial, dan institusi (pendek kata sebagai anggota masyarakat).

Sosiologi secara teori sering kali dikaitkan dengan soal-soal manusia dalam masyarakatnya. Sosiologi berminat tentang perangai kita sebagai manusia; atau secara ringkas, mengkaji hubungan antara manusia yang pada awalnya saling tidak kenal, kepada suatu peringkat yang lebih proses sosial sejagat.

KEWANGAN / PENDAPATAN [Wikipedia]

Aktiviti kewangan adalah penggunaan sebuah set teknik-teknik yang digunakan oleh individu dan pertubuhan-pertubuhan (entiti-entiti) untuk mengurus hal ehwal kewangan mereka, terutamanya bagi membezakan di antara pendapatan dan perbelanjaan serta risiko-risiko pelaburan mereka.

Kewangan adalah satu aspek terpenting dalam pengurusan perniagaan. Tanpa perancangan kewangan yang betul, sebuah organisasi baru tidak boleh dimulakan mahupun menjadi berjaya. Oleh kerana wang adalah salah satu aset paling berharga, pengurusan wang adalah penting bagi menjamin masa depan yang lebih terjamin, baik bagi seorang individu mahupun organisasi.