Our social:

Monday, May 14, 2012

Hidup Sihat Tanpa Kanser Prostat

PROSTAT

Prostat merupakan kelenjar bersaiz sebesar "walnut" yang terletak di belakang
dasar penis, di depan rektum, di bawah pundi kencing dan di sekeliling uretra.
Uretra pula ialah saluran tiub yang membawa air kencing dan air mani melalui
zakar.


Fungsi prostat adalah untuk mengeluarkan dan menyimpan sejenis cecair yang
menjadi dua pertiga bahagian dari air mani.

Cecair ini berfungsi untuk melindungi sperma serta membantu menyalurkan
sperma melalui uretra.

Prostat biasanya membesar apabila seseorang lelaki itu meningkat usianya dalam
lingkungan 50 tahun, dan ini bukanlah kanser prostat walaupun gejala ini
mungkin menyerupai kanser prostat.

Kanser prostat ialah perebakan ketumbuhan yang bermula dari dalam kelenjar
prostat lelaki. Sesetengah kanser prostat membesar secara perlahan-lahan
dan mungkin tidak menyebabkan masalah dalam beberapa tahun. Peringkat awal
kanser prostat juga dikenali sebagai kanser prostat setempat iaitu terletak
di antara prostat.

Pada peringkat awal, kanser tidak menghasilkan gejala dan mungkin tidak
menjadi kanser serta tidak memerlukan rawatan. Walaubagaimanapun sesetengah
kanser prostat membesar dan merebak ke sekeliling prostat , ini dipanggil
kanser prostat yang serius.

Tanda-tanda.

•    Aliran kencing yang tidak lancar.
•    Terasa kerap hendak buang air kecil pada waktu malam
•    Sakit atau pedih semasa buang air kecil.
•    sakit semasa ejakulasi (pancutan air mani)
•    darah dalam air kencing.

Makanan Pencegah Kanser Prostat

1.    Tomato

. mengandungi likopena (sejenis fitokimia) berperanan merendahkan
kolesterol, mengurangkan risiko kanser kolorektum dan penyakit jantung.
. kerap makan berisiko rendah mendapat kanser prostat.

2.    Delima

. padat dengan unsur antioksidan, vitamin dan mineral.
. jika selalu diambil membantu merendahkan kolesterol.
. minum jus delima sehari sekali memperlahankan tahap merebaknya kanser prostat.

3.    Bawang Putih

. untuk kesihatan jantung kerana merendahkan kolesterol.
. kekerapan ambil bawang merah dan putih mengurangkan risiko kanser prostat.

0 comments:

Post a Comment