Our social:

Thursday, May 3, 2012

Hidup Sihat Gembira Tanpa Jerawat

JERAWAT

Jerawat muncul kerana berlaku perubahan hormon terutamanya kepada remaja
yang akhir baligh. Namun jika jerawat itu kelihatan teruk sehingga hampir
memenuhi muka, mungkin berlaku jangkitan kuman atau alahan juga mungkin
ketidaktepatan memilih pencuci bagi penjagaan kulit muka.








Punca-Punca Jerawat
  • Perubahan hormon terutamanya bagi perempuan dalam lingkungan umur
belasan tahun hingga awal 20’an.
  • Sejarah keluarga yang banyak jerawat.
  • Penggunaan pil perancang, ubat steroid, vitamin B12.
  • Kosmetik, pakaian yang ketat atau apa saja yang menutup liang
minyak memberi masalah jerawat di kulit.
  • Ketegangan atau stress yang dihadapi setiap hari.
  • Terdedah kepada asap dan bahan kimia atau faktor alam sekitar
seperti cuaca panas.

Pencegahan dan Kawalan
  • Jaga kebersihan kulit dan cuci dengan air suam.
  • Jangan memegang dan memicit jerawat.
  • Jangan gunakan rambut sebagai penutup muka.
  • Kurangkan makanan berminyak dan manis.
  • Makan buah-buahan dan sayur-sayuran segar.
  • Minum air masak sekurang-kurangnya 8 gelas sehari atau 2 liter.

Cadangan Rawatan Paling Mudah dan Murah
  • Ambil lobak merah secukupnya.
  • Cuci dan bersihkan lobak merah itu.
  • Kisar menggunakan mesin pengisar.
  • Dapatkan jusnya sahaja sehingga 200 cc.
  • Minum dua kali sehari. Pagi dan waktu malam.

1 comment:

  1. Ramai yg malu jika muka mereka penuh jerawat. Mungkin juga ada yg rasa tersisih & rendah diri.

    Bolehlah cuba amalkan meminum jus lobak merah spt yg disarankan di atas. :)

    ReplyDelete