Our social:

Latest Post

Wednesday, May 16, 2012

Petua Buasir 1

Petua Buasir

1. Ambil 90 g daun lidah buaya. Kupas untuk buang kulitnya.

2. Potong-potong daun lidah buaya tadi sederhana saiznya.


3. Ambil jellynya sahaja.


4. Ambil 15 g daun dewa ( daun mahkota dewa )


5. Cuci dan bersihkan jelly aloe vera dan daun dewa.

6. Rebus dengan 600 cc air. Biarkan mendidih sehingga tinggal lebih kurang 200 cc.

7. Tapis air rebusan tersebut.

8. Tambahkan madu secukup rasa. Minum dan makan jelly lidah buaya itu 2 kali sehari.

9. Sebelum minum mulakan dengan basmallah dan baca selawat tiga kali.

Monday, May 14, 2012

Hidup Sihat Tanpa Kanser Prostat

PROSTAT

Prostat merupakan kelenjar bersaiz sebesar "walnut" yang terletak di belakang
dasar penis, di depan rektum, di bawah pundi kencing dan di sekeliling uretra.
Uretra pula ialah saluran tiub yang membawa air kencing dan air mani melalui
zakar.


Fungsi prostat adalah untuk mengeluarkan dan menyimpan sejenis cecair yang
menjadi dua pertiga bahagian dari air mani.

Cecair ini berfungsi untuk melindungi sperma serta membantu menyalurkan
sperma melalui uretra.

Prostat biasanya membesar apabila seseorang lelaki itu meningkat usianya dalam
lingkungan 50 tahun, dan ini bukanlah kanser prostat walaupun gejala ini
mungkin menyerupai kanser prostat.

Kanser prostat ialah perebakan ketumbuhan yang bermula dari dalam kelenjar
prostat lelaki. Sesetengah kanser prostat membesar secara perlahan-lahan
dan mungkin tidak menyebabkan masalah dalam beberapa tahun. Peringkat awal
kanser prostat juga dikenali sebagai kanser prostat setempat iaitu terletak
di antara prostat.

Pada peringkat awal, kanser tidak menghasilkan gejala dan mungkin tidak
menjadi kanser serta tidak memerlukan rawatan. Walaubagaimanapun sesetengah
kanser prostat membesar dan merebak ke sekeliling prostat , ini dipanggil
kanser prostat yang serius.

Tanda-tanda.

•    Aliran kencing yang tidak lancar.
•    Terasa kerap hendak buang air kecil pada waktu malam
•    Sakit atau pedih semasa buang air kecil.
•    sakit semasa ejakulasi (pancutan air mani)
•    darah dalam air kencing.

Makanan Pencegah Kanser Prostat

1.    Tomato

. mengandungi likopena (sejenis fitokimia) berperanan merendahkan
kolesterol, mengurangkan risiko kanser kolorektum dan penyakit jantung.
. kerap makan berisiko rendah mendapat kanser prostat.

2.    Delima

. padat dengan unsur antioksidan, vitamin dan mineral.
. jika selalu diambil membantu merendahkan kolesterol.
. minum jus delima sehari sekali memperlahankan tahap merebaknya kanser prostat.

3.    Bawang Putih

. untuk kesihatan jantung kerana merendahkan kolesterol.
. kekerapan ambil bawang merah dan putih mengurangkan risiko kanser prostat.

Monday, May 7, 2012

Hidup Sihat Buah Pinggang Sihat



BUAH PINGGANG



BUAH PINGGANG umpama ‘filter’ (penapis)  dalam sebuah kenderaan. Menapis segala bentuk habuk dan kekotoran yang boleh mengganggu kelancaran fungsi sesuatu bahagian . Bermaksud jika baik buah pinggang maka baiklah seluruh badan kita, jika rosak, maka kemungkinan menderitalah sepanjang hayat.



DALAM perubatan Cina, buah pinggang diibaratkan sebagai  'ibu kepada segala cecair di dalam badan' . Dan daripada rasa yang begitu menghargai buah pinggang dan menyedari akan kepentingan menjaga ‘kesihatannya’ , wujudlah perkataan  'Yin and Yang' .






Fungsi utama buah pinggang ialah mengekalkan keseimbangan kimia dalam
cecair tubuh kita dan proses  ini dipanggil hemeostasis. Yang paling penting buah pinggang membersihkan sel kimia yang tidak diperlukan di dalam tubuh seseorang.


Kelancaran proses ini penting bagi memastikan darah kita hanya mengandungi campuran garam galian dan air yang cukup di samping mengekalkan tahap asid-alkali di dalam cecair tubuh. Berfungsi sebagai alat penapis, buah pinggang memastikan hanya bahan yang baik saja diserap ke dalam darah. Manakala bahan yang tidak diperlukan oleh tubuh dikeluarkan dalam bentuk air kencing.



Buah pinggang gagal berfungsi apabila ia rosak. Keadaan ini menyebabkan buah pinggang  tidak lagi boleh berfungsi sebagai penapis. Maka segala bahan yang tidak diperlukan akan kekal dalam tubuh badan kita. Pelbagai penyakit mula datang.



Punca-punca Kerosakan Buah Pinggang.



1. Sejarah keluarga yang pernah mendapat penyakit ini.


2. Jangkitan kuman.


3. Kerosakan disebabkan penyakit seperti darah tinggi , diabetis, dan obesity


4. Mengamalkan makan makanan yang banyak  toksid seperti  makanan berjeruk, makanan segera, minuman berkarbonat dan racun serangga dalam sayuran atau buah-buahan.


5. Terlalu banyak mengambil ubat-ubatan kawalan penyakit.





Cara-cara Mengesan Penyakit Buah Pinggang



# Ujian darah (bagi menguji kehadiran bahan sisa nitirogen seperti urea dan kreatinin iaitu dua bahan kumuh yang sepatutnya dibuang melalui air kencing)



# Ujian air kencing



# Sinar-X atau IVU



# Imbasan bunyi (bagi mengesan kehadiran sista, batu karang atau ketumbuhan)



# Imbasan CT (untuk mengesan ketumbuhan)



# Imbasan Magnetik Resonans (MRI) (bagi mengetahui sama ada berlaku penyempitan salur darah ke buah pinggang)



# Biopsi buah pinggang



Penjagaan Buah Pinggang



. Minum air masak 8 gelas sehari atau 2 liter.


. Kurangkan makan makana yang ada pewarna.


. Amalkan pemakanan seimbang bagi mengelakkan diabetis.


. Jangan merokok.


. Kurangkan garam dalam masakan.





Cara Membersihkan Buah Pinggang
  •  Beli seikat daun sup.
  • Potongan kecli-kecil  (macam nak masukkan dlm sup ).
  •  Masukkan ke dalam periuk.
  • Tuangkan air bersih dan didihkan selama sepuluh minit. Biarkan sehingga sejuk.
  • Tapis air tadi dan tuangkan ke dalam botol bersih.
  • Simpan di dalam peti ais.
  • Minum segelas setiap hari atau 2 kali sehari pada waktu pagi dan malam.
  • Lihat dan rasai perbezaannya.





HEMODIALISIS



Hemodialisis ialah satu daripada kaedah rawatan gantian ginjal yang menggunakan mesin hemodialisis. Melalui kaedah rawatan ini, seseorang pesakit perlu menjalani sessi rawatan sebanyak 3 kali seminggu dan sekurang-kurangnya 4 jam bagi setiap sessi rawatan.



Rawatan dialisis akan membantu tugas-tugas buah pinggang yang rosak serta membantu mengeluarkan lebihan air serta bahan-bahan kumuh dari darah dan membantu mengimbangi elektrolit dalam badan.



Kosnya sangat tinggi. RM 250.00 untuk sekali rawatan. Perlu dilakukan tiga kali seminggu. Bermakna sebulan seorang pesakit buah pinggang memerlukan RM 3250.00 untuk meneruskan hidup ini.



.. Daun sup cuma RM1.00 seikat.. buat hemodialisis RM 3250.00.. mana nak pilih..!!!.

Thursday, May 3, 2012

Hidup Sihat Gembira Tanpa Jerawat

JERAWAT

Jerawat muncul kerana berlaku perubahan hormon terutamanya kepada remaja
yang akhir baligh. Namun jika jerawat itu kelihatan teruk sehingga hampir
memenuhi muka, mungkin berlaku jangkitan kuman atau alahan juga mungkin
ketidaktepatan memilih pencuci bagi penjagaan kulit muka.








Punca-Punca Jerawat
  • Perubahan hormon terutamanya bagi perempuan dalam lingkungan umur
belasan tahun hingga awal 20’an.
  • Sejarah keluarga yang banyak jerawat.
  • Penggunaan pil perancang, ubat steroid, vitamin B12.
  • Kosmetik, pakaian yang ketat atau apa saja yang menutup liang
minyak memberi masalah jerawat di kulit.
  • Ketegangan atau stress yang dihadapi setiap hari.
  • Terdedah kepada asap dan bahan kimia atau faktor alam sekitar
seperti cuaca panas.

Pencegahan dan Kawalan
  • Jaga kebersihan kulit dan cuci dengan air suam.
  • Jangan memegang dan memicit jerawat.
  • Jangan gunakan rambut sebagai penutup muka.
  • Kurangkan makanan berminyak dan manis.
  • Makan buah-buahan dan sayur-sayuran segar.
  • Minum air masak sekurang-kurangnya 8 gelas sehari atau 2 liter.

Cadangan Rawatan Paling Mudah dan Murah
  • Ambil lobak merah secukupnya.
  • Cuci dan bersihkan lobak merah itu.
  • Kisar menggunakan mesin pengisar.
  • Dapatkan jusnya sahaja sehingga 200 cc.
  • Minum dua kali sehari. Pagi dan waktu malam.

Wednesday, May 2, 2012

Hidup Sihat Tanpa Diabetes

2 Juta Berisiko Diabetes.

Pada tahun 2006, terdapat 1.5 juta rakyat Malaysia menghidap diabetes. Manakala pada tahun 2011 pula, terdapat 3 juta menghidap diabetes.

Selain itu, seramai 6.2.juta rakyat Malaysia mengalami lebihan kolestrol. Seramai 2.5 juta menghidap obesiti. Yang menakutkan 5.8 juta berhadapan tekanan jiwa.


Satu senario yang sedang melanda negara kita. Sesetengah orang kata, itu adalah lambang kemajuan sesebuah negara. ???

Gejala atau tanda-tanda diabetes yang umum terjadi adalah:

  • Terasa amat haus atau dahaga (haus yang berlebihan)
  • Keletihan / Sentiasa letih
  • Penurunan berat badan secara mengejut
  • Kabur penglihatan
  • Otot lemah
  • Gatal-gatal di tempat kemaluan
  • Menghidap penyakit kulit yang berpanjangan
  • Luka yang lambat sembuh
  • Kencing yang kerap
  • Gatal pada bahagian kemaluan
  • Rasa kebas
  • Pening-pening
  • Bertambah selera makan
  • Lidah kering 

Tuesday, May 1, 2012

Hidup Sihat Tanpa Batu Karang

BATU KARANG

Batu karang merupakan satu mendapan dalam ginjal berbentuk seperti batu atau
kristal. Kehadiran kedua-dua unsur  ini akan menghalang saluran ginjal dan
saluran kencing. Batu karang terbentuk  sama ada dari kalsium, fostat atau
asid uric.

Saiz batu karang ini pelbagai. Ada yang halus seperti pasir dan boleh jadi
sebesar bola golf. Masalah akan bermula apabila batu karang itu membesar
mengakibatkan proses pembuangan air kecil terganggu. Kuman-kuman akan
merebak dan pelbagai penyakit akan muncul. Antaranya menyebabkan kerosakan
ginjal itu sendiri.

PUNCA-PUNCA BATU KARANG

. Kadar garam di dalam urin terlalu pekat sehingga berlaku mendapan dalam
saluran kencing.

. Terlalu lama menahan kencing.

. Berlebihan Vitamin D atau berlebihan kalsium.

. Kurang minum air masak  menyebabkan air kencing menjadi lebih pekat.

. Sejarah keluarga.

. Berusia antara 20 hingga 70 tahun.

. Lelaki lebih mudah mengalami masalah batu karang berbanding wanita.

. Pemakanan yang tinggi kandungan protein purin dan asid urik seperti organ
dalaman (hati, jantung, limpa), daging merah, dan makanan laut bercangkerang
(kerang, tiram).

. Kurang makan makanan berserat (buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin).

. Kurang bergerak menyebabkan tulang mengeluarkan lebih kalsium ke dalam darah.

TANDA-TANDA BATU KARANG

. Air kencing berdarah.

. Air kencing keruh dan berbau busuk.

. Mual dan muntah.

. Sentiasa terasa hendak kencing.

. Demam dan menggigil (jika ada jangkitan).

CADANGAN DAN PANDANGAN

. Minum air masak sekurang-kurang 8 gelas sehari atau 2 liter sehari.

. Minum jus buah-bauahab untuk mengurangkan kelikatan urin.

. Jangan menahan kencing terlalu lama.

. Kurangkan makan makanan yang berkalsium tinggi seperti susu, keju, ikan
bilis, ketam, udang dan ikan masin.

. Kurangkan makan makanan yang berprotien tinggi seperti organ dalaman
haiwan, bayam, daun ubi kayu, kacang  dan sebagainya.

Monday, April 30, 2012

Hidup Sihat Tanpa Gout

GOUT

Gout sebenarnya berpunca daripada pembentukan kristal-kristal  asid urik di
dalam cecair sendi atau pengumpulan asid urik yang terlalu banyak di dalam
badan. Dengan kata lain, asid urik merupakan akar kepada penyakit gout ini.

Cara pemakanan seseorang itu sebenarnya berkait secara langsung dengan
penyakit gout. Ini kerana kebanyakan pesakit gout adalah orang yang gemar
makan daging. Kita sedia maklum daging memerlukan masa yang lama untuk
dicernakan berbanding daging ayam atau ikan. Pencerna makanan berprotein
tinggi seperti  ini akan membebankan perut. Secara tidak langsung kita telah
memaksa perut untuk merembeskan lebih banyak jus gastric.

Maka, golongan  ini berisiko tinggi untuk mendapat kedua-dua penyakit ini
iaitu gout dan gastrik. 2 in 1.

Gout adalah sebahagian daripada penyakit artritis yang dikelaskan sebagai
penyakit metabolik. Penyakit metabolik sudah pasti berpunca daripada asid
urik iaitu bahan buangan yang terhasil daripada pemecahan purin (protein),
lalu berkumpul pada sendi dan tisu lembut di sekeliling sendi.

Secara semulajadi,  asid urik biasanya akan larutkan dalam darah dan
disingkirkan daripada badan melalui air kencing. Ada ketikanya badan akan
menghasilkan terlalu banyak asid urik sehingga ia berkumpul menjadi kristal
berbentuk jarum. Kristal berbentuk jarum itu terkumpul  pada sendi atau
tisu sekelilingnya menyebabkan sendi bengkak dan sakit.

Selain kaki, gout juga boleh berlaku pada anggota badan yang lain seperti
buku lali, lutut, tangan dan pergelangan tangan. Kesakitan yang dideritai
itu boleh berlanjutan antara lima hingga 10 hari mengikut keadaan pesakit.
Sendi yang diserang gout akan bengkak, merah dan panas.

PUNCA-PUNCA GOUT

  • Lelaki lebih berisiko mendapat gout pada kadar 90 peratus kes yang dilaporkan.
  • Gaya hidup tidak sihat seperti banyak minum minuman keras terutama bir.
  • Obesiti iaitu berat badan lebih 66 kilogram daripada berat badan normal.
  • Penyakit seperti tekanan darah tinggi, diabetes, hiperdislipidemia (paras lemak dan kolesterol yang tinggi) dan arteriosklerosis  (penyempitan salur darah) juga boleh menyebabkan gout.
  • Keturunan : satu daripada empat pesakit datang daripada keluarga yang ada sejarah gout.
  • Berusia 30 hingga 50 tahun. Bagi wanita, bermula selepas  putus haid.

CADANGAN DAN PANDANGAN

Diet rendah Purine:
  • Ceri mampu mengurangkan asid urik
  • Strawberry juga dikatakan membawa kebaikan sekiranya dimakan.
  • Elakkan makanan tinggi purine, iaitu yang berasal dari sumber protin
  • Hadkan daging kepada satu hidangan sehari
  •  Minum banyak air untuk mencairkan dan membantu proses penyingkiran urik.
Jangan makan
  • sweetbreads, buah pinggang, hati, otak, atau sebarang organ lain
  • sardin
  • ikan bilis
  • hasil daging,




Hidup Sihat Tanpa Buasir

BUASIR

Buasir merupakan penyakit yang terjadi pada bahagian dubur. Ia dapat dikesan
dengan adanya pembengkakan pada saluran dubur. Selalunya, pesakit buasir
akan mengalami kesakitan akibat daripada tekanan otot dubur ke atas bengkak
tersebut sehingga menyebabkan proses pembuangan air besar menjadi amat perit.
Bengkak yang terjadi adalah disebabkan oleh pengembangan saluran darah pada
bahagian dubur atau ketumbuhan sel-sel yang melapisi saluran dubur.
Selain bengkak pada saluran dubur, pendarahan semasa membuang air besar
juga terjadi disebabkan oleh luka yang terjadi apabila najis keras bergesel
dengan buasir.

Prof. Madya Mohamed Isa Abd. Majid
Pusat Racun Negara


JENIS-JENIS BUASIR

Buasir Dalaman

Buasir dalaman  tidak terasa sakit atau gatal kerana ia terletak jauh ke
dalam rektum. Buasir dalaman tidak merbahaya tetapi aktiviti meneran dan
sebarang gangguan dari laluan najis semasa membuang air besar boleh
mencederakan permukaan buasir lalu menyebabkannya berdarah. Anda akan
terlihat titisan darah yang pada mangkuk tandas. Jika keadaan ini berlaku
anda perlu dapatkan rawatan, kerana dibimbangi darah tersebut mungkin
berpunca dari penyakit lain seperti ketumbuhan atau  kanser kolorektum.

Buasir Luaran

Buasir jenis inilah yang selalu terjadi serta mengakibatkan kesan-kesan
seperti sakit, pedih dan gatal di dubur. Jika buasir ini tersepit, bekalan
darah akan terhenti dan menyebabkan pembekuan  darah akan terjadi di dalamnya.
Ini akan  menenimbulkan rasa yang teramat sakit. Buasir akan terus berlaku,
berlaku dan berulang semula, kecuali setelah mendapat rawatan yang betul.

PUNCA-PUNCA BUASIR

•    Sentiasa duduk
•    Meneran (ketika najis keras atau sembelit)
•    Cirit-birit yang kronik
•    Mencangkung  terlalu lama di dalam tandas seperti mereokok.
•    Batuk  teruk yang berterusan
•    Ketika bersalin
•    Mengangkat beban yang berat
•    Pengamalan seks melalui dubur oleh golongan heteroseksual dan homoseksual
•    Kurangnya pengambilan makanan berserat dalam diet harian.

LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN

•    Banyak meminum air sekurang-kurangnya 8 gelas sehari 2 liter sehari
•    Amalkan pe makanan seimbang. Banyakkan memakan makanan yang berserta tinggi, bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran.
•    Jangan terlalu lama duduk di dalam tandas.
•     Amalkan minum segelas air selepas bangun daripada tidur.
•    Elakkan dari memakan makanan yang panas, pedas dan berempah.
•    Apabila terdapat gejala-gejala tertentu (seperti darah dalam najis,
sakit atau gangguan pada dubur), berjumpalah doktor.

CADANGAN DAN PANDANGAN

Mereka yang mengalami symptom-simptom buasir  perlu berjumpa dengan doktor
untuk mendapatkan rawatan lanjut. Ini kerana satu per tiga daripada pesakit buasir mampu mengatasi
rasa sakit dan juga pendarahan, setelah mendapatkan rawatan. Rawatan yang diberikan adalah berdasarkan tahap penyakit buasir yang dihidapi.

Thursday, April 26, 2012

Hidup Sihat Tanpa Asma

ASMA / SEMPUT / LELAH

Penyakit Asma atau lelah merupakan penyakit immunologi yang menyebabkan
kesukaran bernafas. Ini kerana ketika pesakit diserang asma, keradangan
dan spasma pada selaput dinding laluan udara menyebabkan bronkiol di dalam
paru-paru menjadi sempit. Ketika itu pengidap asma mungkin mengalami
pernafasan bersiul (wheezing), sesak nafas, dan sukar untuk melakukan
aktiviti harian seperti biasa.

TANDA-TANDA SERANGAN ASMA

. Sesak nafas
. Pernafasan bersiul
. Batuk keras yang berulang-ulang
. Dada berombak kuat kerana pernafasan semakin cepat

Asma Dalam Kalangan Kanak-kanak

Menurut kajian, jumlah kanak-kanak diserang penyakit asma adalah 10 hingga 20
peratus. Tetapi, biasanya kanak-kanak akan sembuh apabila usia meningkat.
Bagi kanak-kanak yang menghidapi asma sederhana, penyakit ini akan hilang
seiring dengan bertambahnya usia mereka. Namun asma akan menyerang kembali
apabila pengidap asma berusia 50 tahun ke atas jika tidak mengamalkan gaya
hidup sihat.

Manakala, 50 hingga 60 peratus akan sembuh apabila pengidap asma ini berusia
20 hingga 25 tahun. Sementara, 20 peratus lagi akan mendapat asma berterusan
dan hanya sebilangan kecil saja yang akan sembuh.

PUNCA-PUNCA SERANGAN ASMA

•    Alahan kepada habuk, asap rokok, debunga, spora kulapuk , bulu binatang peliharaan
•    Udara sejuk
•    Kurang bersenaman
•    Jangkitan sistem pernafasan
•    Tekanan emosi
•    Aspirin dan ubat seumpamanya
•    Keturunan

CARA MENGATASI SERANGAN ASMA
  • Jangan menghidu udara yang mengandungi habuk.
  • Jauhi daripada asap rokok dan asap pembakaran.
  • Binatang peliharaan tidak berada di dalam rumah.
  • Gunakan penyedut hampagas (vacum) untuk membersihkan rumah.
  • Jangan makan buah-buahan yang masam.
  • Jangan minum air berais terutamanya yang dijual di tepi jalan.


Wednesday, April 25, 2012

Hidup Sihat Tanpa Glaukoma


GLAUKOMA - Pencuri Senyap Penglihatan

Apa Itu Glaukoma ?

Glaukoma adalah sejenis penyakit mata yang boleh mengakibatkan hilang
penglihatan tanpa disedari. Kehilangan penglihatan atau kebutaan kekal ini
dapat dielakkan seandainya glaukoma ini dapat dikesan pada peringkat awal.

Glaukoma boleh berlaku pada sebelah mata sahaja atau pada kedua-dua belah
mata.

Bagaimana ia terjadi ?

Sebenarnya di dalam mata yang sihat, terdapat cecair aques humour yang
berkitaran menerusi bahagian depan mata. Seterusnya cecair ini akan keluar
melalui salur yang dipanggil 'Canal of Schlem'.

Sekiranya glaucoma terjadi, sistem pengaliran tersebut telah tersumbat,
sedangkan cecair aques humour tetap dihasilkan dan akan dirembeskan ke
bahagian depan mata. Ini menyebabkan tekanan dalam mata menjadi tinggi.

Apabila tekanan meningkat dan terus meningkat lebih dari paras biasa,
akibatnya akan berlaku kerosakkan pada saraf optik iaitu saraf yang
menyambungkan mata ke otak. Maka medan penglihatan akan terjejas sedikit
demi sedikit tanpa disedari dari bahagian sisi sehingga pesakit menjadi buta.

Golongan Berisiko Menghidap Glaukoma ?

•    Individu yang mempunyai ahli keluarga yang menghidap Glaukoma.
•    Berusia 40 tahun ke atas
•    Penghidap Diabetes dan Darah Tinggi
•    Pengambilan ubat Steroid

Glukoma Kronik dan Akut

Glaukoma Kronik

Tanda-tanda :

•    Medan / ruang penglihatan menjadi sempit secara perlahan-lahan
•    Sakit kepala atau rasa senak pada mata
•    Buta tanpa sebarang tanda awal

Glaukoma Akut

Tanda-tanda :

•    Sakit mata secara tiba-tiba
•    Mata merah
•    Kabur penglihatan
•    Sakit kepala
•    Loya dan muntah-muntah

Rawatannya

•    Ubat titis mata
•    Ubat Pil
•    Pancaran laser
•    Pembedahan

Mencegah Lebih Baik.

Lakukan pemeriksaan Pakar Oftalmologi jika anda :

•    Mempunyai ahli keluarga yang menghidap Glaukoma
•    Berusia 40 tahun ke atas
•    Mempunyai tanda-tanda Glaukoma
•    Menghidap Diabetes / Darah Tinggi