Our social:

Monday, May 7, 2012

Hidup Sihat Buah Pinggang Sihat



BUAH PINGGANG



BUAH PINGGANG umpama ‘filter’ (penapis)  dalam sebuah kenderaan. Menapis segala bentuk habuk dan kekotoran yang boleh mengganggu kelancaran fungsi sesuatu bahagian . Bermaksud jika baik buah pinggang maka baiklah seluruh badan kita, jika rosak, maka kemungkinan menderitalah sepanjang hayat.



DALAM perubatan Cina, buah pinggang diibaratkan sebagai  'ibu kepada segala cecair di dalam badan' . Dan daripada rasa yang begitu menghargai buah pinggang dan menyedari akan kepentingan menjaga ‘kesihatannya’ , wujudlah perkataan  'Yin and Yang' .






Fungsi utama buah pinggang ialah mengekalkan keseimbangan kimia dalam
cecair tubuh kita dan proses  ini dipanggil hemeostasis. Yang paling penting buah pinggang membersihkan sel kimia yang tidak diperlukan di dalam tubuh seseorang.


Kelancaran proses ini penting bagi memastikan darah kita hanya mengandungi campuran garam galian dan air yang cukup di samping mengekalkan tahap asid-alkali di dalam cecair tubuh. Berfungsi sebagai alat penapis, buah pinggang memastikan hanya bahan yang baik saja diserap ke dalam darah. Manakala bahan yang tidak diperlukan oleh tubuh dikeluarkan dalam bentuk air kencing.



Buah pinggang gagal berfungsi apabila ia rosak. Keadaan ini menyebabkan buah pinggang  tidak lagi boleh berfungsi sebagai penapis. Maka segala bahan yang tidak diperlukan akan kekal dalam tubuh badan kita. Pelbagai penyakit mula datang.



Punca-punca Kerosakan Buah Pinggang.



1. Sejarah keluarga yang pernah mendapat penyakit ini.


2. Jangkitan kuman.


3. Kerosakan disebabkan penyakit seperti darah tinggi , diabetis, dan obesity


4. Mengamalkan makan makanan yang banyak  toksid seperti  makanan berjeruk, makanan segera, minuman berkarbonat dan racun serangga dalam sayuran atau buah-buahan.


5. Terlalu banyak mengambil ubat-ubatan kawalan penyakit.





Cara-cara Mengesan Penyakit Buah Pinggang



# Ujian darah (bagi menguji kehadiran bahan sisa nitirogen seperti urea dan kreatinin iaitu dua bahan kumuh yang sepatutnya dibuang melalui air kencing)



# Ujian air kencing



# Sinar-X atau IVU



# Imbasan bunyi (bagi mengesan kehadiran sista, batu karang atau ketumbuhan)



# Imbasan CT (untuk mengesan ketumbuhan)



# Imbasan Magnetik Resonans (MRI) (bagi mengetahui sama ada berlaku penyempitan salur darah ke buah pinggang)



# Biopsi buah pinggang



Penjagaan Buah Pinggang



. Minum air masak 8 gelas sehari atau 2 liter.


. Kurangkan makan makana yang ada pewarna.


. Amalkan pemakanan seimbang bagi mengelakkan diabetis.


. Jangan merokok.


. Kurangkan garam dalam masakan.





Cara Membersihkan Buah Pinggang
  •  Beli seikat daun sup.
  • Potongan kecli-kecil  (macam nak masukkan dlm sup ).
  •  Masukkan ke dalam periuk.
  • Tuangkan air bersih dan didihkan selama sepuluh minit. Biarkan sehingga sejuk.
  • Tapis air tadi dan tuangkan ke dalam botol bersih.
  • Simpan di dalam peti ais.
  • Minum segelas setiap hari atau 2 kali sehari pada waktu pagi dan malam.
  • Lihat dan rasai perbezaannya.





HEMODIALISIS



Hemodialisis ialah satu daripada kaedah rawatan gantian ginjal yang menggunakan mesin hemodialisis. Melalui kaedah rawatan ini, seseorang pesakit perlu menjalani sessi rawatan sebanyak 3 kali seminggu dan sekurang-kurangnya 4 jam bagi setiap sessi rawatan.



Rawatan dialisis akan membantu tugas-tugas buah pinggang yang rosak serta membantu mengeluarkan lebihan air serta bahan-bahan kumuh dari darah dan membantu mengimbangi elektrolit dalam badan.



Kosnya sangat tinggi. RM 250.00 untuk sekali rawatan. Perlu dilakukan tiga kali seminggu. Bermakna sebulan seorang pesakit buah pinggang memerlukan RM 3250.00 untuk meneruskan hidup ini.



.. Daun sup cuma RM1.00 seikat.. buat hemodialisis RM 3250.00.. mana nak pilih..!!!.

0 comments:

Post a Comment