Our social:

Wednesday, April 25, 2012

Hidup Sihat Tanpa Glaukoma


GLAUKOMA - Pencuri Senyap Penglihatan

Apa Itu Glaukoma ?

Glaukoma adalah sejenis penyakit mata yang boleh mengakibatkan hilang
penglihatan tanpa disedari. Kehilangan penglihatan atau kebutaan kekal ini
dapat dielakkan seandainya glaukoma ini dapat dikesan pada peringkat awal.

Glaukoma boleh berlaku pada sebelah mata sahaja atau pada kedua-dua belah
mata.

Bagaimana ia terjadi ?

Sebenarnya di dalam mata yang sihat, terdapat cecair aques humour yang
berkitaran menerusi bahagian depan mata. Seterusnya cecair ini akan keluar
melalui salur yang dipanggil 'Canal of Schlem'.

Sekiranya glaucoma terjadi, sistem pengaliran tersebut telah tersumbat,
sedangkan cecair aques humour tetap dihasilkan dan akan dirembeskan ke
bahagian depan mata. Ini menyebabkan tekanan dalam mata menjadi tinggi.

Apabila tekanan meningkat dan terus meningkat lebih dari paras biasa,
akibatnya akan berlaku kerosakkan pada saraf optik iaitu saraf yang
menyambungkan mata ke otak. Maka medan penglihatan akan terjejas sedikit
demi sedikit tanpa disedari dari bahagian sisi sehingga pesakit menjadi buta.

Golongan Berisiko Menghidap Glaukoma ?

•    Individu yang mempunyai ahli keluarga yang menghidap Glaukoma.
•    Berusia 40 tahun ke atas
•    Penghidap Diabetes dan Darah Tinggi
•    Pengambilan ubat Steroid

Glukoma Kronik dan Akut

Glaukoma Kronik

Tanda-tanda :

•    Medan / ruang penglihatan menjadi sempit secara perlahan-lahan
•    Sakit kepala atau rasa senak pada mata
•    Buta tanpa sebarang tanda awal

Glaukoma Akut

Tanda-tanda :

•    Sakit mata secara tiba-tiba
•    Mata merah
•    Kabur penglihatan
•    Sakit kepala
•    Loya dan muntah-muntah

Rawatannya

•    Ubat titis mata
•    Ubat Pil
•    Pancaran laser
•    Pembedahan

Mencegah Lebih Baik.

Lakukan pemeriksaan Pakar Oftalmologi jika anda :

•    Mempunyai ahli keluarga yang menghidap Glaukoma
•    Berusia 40 tahun ke atas
•    Mempunyai tanda-tanda Glaukoma
•    Menghidap Diabetes / Darah Tinggi


0 comments:

Post a Comment