Our social:

Tuesday, April 17, 2012

Sihat Segalanya




SIHAT [Wikipedia]

PERTUBUHAN KESIHATAN SEDUNIA (WHO) mentakrifkan perkataan sihat sebagai:

"Keadaan sempurna fizikal, mental, dan sosial, dan tidak hanya ketika ketiadaan sakit"

Bagi mana-mana organisma, kesihatan ialah satu bentuk homeostasis. Ini merupakan satu imbangan di mana tenaga dan jisim masuk dan keluar (input and output) berada dalam keseimbangan (membolehkan pertumbuhan). Kesihatan juga membawa erti kemampuan untuk meneruskan hidup dengan prospek positif.

Bagi manusia pula, dengan kemampuan untuk menganalisa dan menjangka, kesihatan adalah lebih daripada itu. Maknanya bukan sahaja semuanya perlu tepat pada masa yang tepat, tetapi pemahaman subjektif penting bagi meneruskan pengimbangan yang sihat. Pemahaman ini datangnya daripada persepsi somatik termasuk sakit dan tidak selesa dan persepsi kognitif. Untuk merasai sihat, seseorang itu perlu merasakan dirinya sihat dan tiada risiko dalaman atau luaran yang boleh menggangu kesihatannya.

TIDAK SIHAT / PENYAKIT [Wikipedia]

Penyakit adalah keadaan tidak normal pada badan atau minda yang menyebabkan ketidakselesaan, disfungsi, atau tekanan/stres kepada orang yang terbabit atau berhubung rapat dengannya. Kadang kala istilah ini digunakan secara umum untuk menerangkan kecederaan, kecacatan, sindrom, simptom, kelainan tingkah laku, dan variasi biasa sesuatu struktur atau fungsi. 

Terdapat pelbagai jenis penyakit yang mengancam manusia. Penyakit ini biasanya disebabkan oleh kuman, bakteria, virus, racun, kegagalan organ berfungsi, dan juga oleh penyakit baka/keturunan.

Patologi merupakan ilmu kajian penyakit. Pengelasan penyakit secara saintifik pula dirujuk sebagai nosologi. Pengetahuan umum mengenai penyakit dan rawatan penyakit dikenali sebagai perubatan.

SOSIAL [Wikipedia]

Sosial ialah kata yang merujuk kepada hal-hal yang berkaitan masyarakat dan kemasyarakatan.

Sosiologi merupakan kajian tentang hukum masyarakat dan proses yang berkenaan dengannya; dan orang yang berlainan bukan setakat sebagai individu, tetapi juga sebagai ahli persatuan, kumpulan sosial, dan institusi (pendek kata sebagai anggota masyarakat).

Sosiologi secara teori sering kali dikaitkan dengan soal-soal manusia dalam masyarakatnya. Sosiologi berminat tentang perangai kita sebagai manusia; atau secara ringkas, mengkaji hubungan antara manusia yang pada awalnya saling tidak kenal, kepada suatu peringkat yang lebih proses sosial sejagat.

KEWANGAN / PENDAPATAN [Wikipedia]

Aktiviti kewangan adalah penggunaan sebuah set teknik-teknik yang digunakan oleh individu dan pertubuhan-pertubuhan (entiti-entiti) untuk mengurus hal ehwal kewangan mereka, terutamanya bagi membezakan di antara pendapatan dan perbelanjaan serta risiko-risiko pelaburan mereka.

Kewangan adalah satu aspek terpenting dalam pengurusan perniagaan. Tanpa perancangan kewangan yang betul, sebuah organisasi baru tidak boleh dimulakan mahupun menjadi berjaya. Oleh kerana wang adalah salah satu aset paling berharga, pengurusan wang adalah penting bagi menjamin masa depan yang lebih terjamin, baik bagi seorang individu mahupun organisasi.

0 comments:

Post a Comment