Our social:

Latest Post

Tuesday, October 30, 2012

Sembuhkan Bisul.

Sembuhkan Bisul  

Bisul di bahagian kaki.

Bisul di bahagian muka.

1. Ambil serbuk nila.
 Nila serbuk. Yang ini.

Yang ni nila air. Bukan yang ini.

2. Ambil pula sedikit cuka makan. Ingat cuka makan.




Antara Cuka Makan yg terdapat di pasaran.

3. Bancuh kedua-dua bahan ini. Bancuhan itu biarkan sedikit pekat agar mudah melekat.

4. Sapukan bancuhan itu tadi pada mata bisul.

5. Ulangi beberapa kali. Bengkak bisul akan berkurangan dan bisanya beransur hilang.




Hilangkan Kencing Manis

Hilangkan Kencing Manis 

1. Ambil daun Hempedu Bumi atau dikenali juga sebagai Daun Cerita.

Daun Hempedu Bumi

Pokok Hempedu Bumi

2. Kunyah daun itu dan telan. [ Paling berkesan ]
 
3. Ingat. Rasanya tersangatlah PAHIT. Rasa pahit itu akan melekat di lidah kita.

4. Atau ambil pokok hempedu bumi ini bersama akarnya.

5. Bersihkan dan rebus bersama akarnya itu.

6. Minum air rebusan itu dua kali sehari. Pagi sekali. Malam sekali.

Redakan Sakit Gigi

Mengurangkan Sakit Gigi

1. Ambil enam helai daun senduduk.

Daun senduduk.

2. Rebus enam helai daun senduduk itu bersama segenggan garam kasar dengan dua gelas air.

Garam kasar.

3. Didihkan sehingga menjadi segelas sahaja.

4. Apabila sudah suam, kumur-kumurkan air rebusan tadi selama dua minit. Ulang beberapa kali.

 Kumur jangan sampai tertelan.

5. Hasilnya rasa sakit gigi tadi akan semakin berkurangan.