Our social:

Latest Post

Thursday, June 14, 2012

Hilangkan Parut Jerawat

Daun Pegaga Berakar

1. Ambil daun pegaga dgn akarnya sekali. Ikut sebanyak mana yg anda mahu.

Pegaga dan akar. Akar pegaga ada biji-biji kecil.

2. Cuci daun pegaga tu sampai bersih terutamanya bahagian akarnya.

3. Giling sampai lumat. Masukkan dlm bekas yg bersih.

4. Cara guna. Campurkan dengan bedak sejuk serta sedikit air.

Bedak sejuk.

5. Lumurkan campuran itu kat tempat-tempat yg ada parut bekas jerawat.

6. Biarkan 1 hingga 2 jam.

6. Amalkan selalu sebelum tidur. Cuci dgn air suam sebelum masuk tidur.

7. Muka jadi licin. Tak berparut lagi. Selamat mencuba.

Monday, June 11, 2012

Petua Jerawat Asam Jawa

Petua Jerawat : Tepung Ubi Kayu dan Asam Jawa

1. Campurkan bebrapa sudu tepung ubi kayu dengan air asam jawa.


Tepung Ubi Kayu

Tepung Ubi Kayu Jenama Lain

Buah Asam Jawa Di Atas Pokok

Asam Jawa Dalam Bungkusan


Air Asam Jawa Yang Telah Dibancuh

2. Kemudian sapukan campuran air asam jawa dengan tepung ubi kayu ke muka anda.

3. Amalkan setiap hari seperti kita memakai bedak sejuk.

4. Hasilnya muka anda akan bertembah cerah, lembut dan tidak akan berjerawat lagi.

Saturday, June 2, 2012

Daun Inai Giling

Daun Inai vs Jerawat

1. Giling beras dan daun inai secukupnya sehingga lumat.


Daun inai

2. Giling sebaiknya , kalau tak tumbuk jea.


Giling sampai lumat

3. Bulatkan adunan tu sebesar duit lima sen. Jemur sehingga kering.

4. Apabila nak gunakannya, titis sedikit air limau nipis.


Limau nipis tua.

5. Sapukan pada muka menggunakan belahan ubi kentang. Jangan guna tangan.

Ubi kentang ni bentuk itik kan..comel

Belahan ubi kentang.

6. Amalkan seperti pakai bedak sejuk.  Selamat mencuba.

Suami TerHebat

Petua : Untuk Lelaki Sahaja Isteri Pun Kena Tau..


Petua ini bukan untuk mengharamkan apa yang halal tetapi cuma perkongsian ilmu berupa nasihat hasil dari pengalaman orang-orang terdahulu. Nak tak jadi suami yg POWER !!! 





1. Jangan amalkan minum air batu kerana ia menyebabkan zakar jadi sejuk, lembik serta rasa ngilu bila bersama. So...pancut awal ler.. Zakar harus sentiasa panas.


2. Jangan amalkan makan dengan kuahnya berlinang kerana boleh melemahkan zakar.


3. Elakkan minum air ketika badan sedang panas seperti lepas senam, lepas jogging, lepas berkebun, lepas main bola dan macam-macam lagi. Sejukkan badan barulah minum air. Elok kalau boleh minum air panas.


4. Kurangkan makan Pisang Embun. Mahal pisang ni...





5.  Elakkan minum air selepas jam 11.00 malam. Ini akan melemahkan otot dan pinggan serta sengal-sengal badan.


6. Jangan amalkan melancap [onani] ..haram tau..kerana ia memaksa mani keluar dan melemahkan zakar.


7. Jangan cungkil gigi dengan kemucut [tangkai bunga lalang] kerana zakar akan jadi ngilu dan kurang bertenaga.






8. Jangan terus minum air selepas jima, rehat dulu 15 minit...baik juga untuk jantung.


9. Jangan makan nasi sejuk, panaskan dulu.


10. Jangan makan nasi berulamkan air. Kesannya seperti minum air batu. Kecuali tercekik..


 11. Jangan makan kepak ayam daging kerana melemahkan zakar..


 ni.. kepak ayam madu..


 * amalkan mana yg boleh..








Monday, May 21, 2012

Gout : Turunkan Asid Urik

Petua Turunkan Asid Urik : Punca Gout

1. Ambil 2 biji buah mengkudu masak dan segar.

buah mengkudu masak dan segar

2. Ambil 30 g pegaga segar atau 15 g pegaga kering.


 daun pegaga

4. Ambil juga 60 g daun sidaguri dan 30 g akarnya yg kering.

 pokok sida guri


 akar sidaguri

5. Cuci semua bahan tersebut.

6. Rebus kesemuanya dengan 800 cc air. Biarkan mendidih sehingga tinggal 400 cc saja.

7. Tapis

8. Minum 200c ( segelas ) 2 kali sehari.

 







Sunday, May 20, 2012

Hilangkan Jerawat Batu

Sengkuang vs Jerawat Batu

Jerawat Batu

Petua

1. Ambil sebiji sengkuang.


2. Kupas kulitnya dan basuh. 

3. Parut sengkuang tu dan tapis. Biarkan pati sengkuang tu mendap.

4. Ambil patinya dan sapukan ke muka.

5. Amalkan setiap malam selok-eloknya sebelum tidur.

6. Kesannya jerawat batu tu akan kering dan lama-kelamaan hilang.

Bedak Sejuk vs Jerawat

Petua Hilangkan Jerawat

1. Ambil daun bunga tanjung secukupnya. 






Pokok bunga tanjung. Besar dan rendang.

2. Basuh daun bunga tanjung tu dan tumbuk hingga lumat. Campurkan sedikit kapur.

3. Kemudian campurkan bahan yg ditumbuk tadi dengan bedak sejuk.



4. Kacau bahan-bahan tersebut hingga sebati.

5. Setiap malam sebelum tidur, sapu bahan campuran tu ke muka kita.

6. Kalau selalu diamalkan, jerawat akan kering dan hilang.

Hilangkan Buasir

Petua Sembuhkan Buasir

1. Ambil daun salak beberapa helai dan bersihkan.


2. Rebus daun salak itu hingga airnya jadi segelas.

3. Apabila hendak minum, campurkan sedikit gula merah secukup rasa.


4. Minum dua kali sehari. Insyallah buasir tu boleh sembuh.

Thursday, May 17, 2012

Petua Buasir 2 Hentikan Pendarahan

Petua Hentikan Pendarahan Buasir

1. Ambil akar teratai secukupnya.







2. Cuci dan bersihkan akar teratai tersebut.

3. Kisar atau bland akar teratai sampai  dapat  jusnya sebanyak 200 cc atau 1 gelas.

4. Minum untuk hentikan pendarahan basir.

Petua Jerawat

Petua Hilangkan Jerawat

1. Ambil 30 g temulawak dan hiris nipis-nipis.


2. Ambil pula 20 g cekur dan hiris nipis-nipis juga.


3. Ambil 10 g sambiloto kering.



4. Ambil 20 g asam jawa.

5. Cuci semua bahan hingga bersih. Rebus semua bahan dengan air sebanyak 600 cc.

6. Biarkan mendidih hingga tinggal lebih kurang 300 cc sahaja. Tapis dan ambil airnya sahaja.

7. Minum 2 kali sehari.